Monday, April 11, 2011

Zainab al Kubra- Aqilah Bani Hashim


Nama :
Zainab
Gelaran :
Siddiqa-e-Sughra
Kuniyah :
Umm-ul-Massaib
Bapa :
Imam Ali Amir al-Muminin(a.s.)
Ibu :
Fatima zahra (s.a.)
Kelahiran:
1 Shabaan, Tahun 5 Hijrah, di Madina, Saudi Arabia
Wafat :
16 Zil-Hijjah di Damaskus, Syria

Telah berlalu 5 tahun setelah kaum Muslimin menemani Rasulullah(sawa) dan keluarga baginda dalam berhijrah ke Madinah, di mana ketika inilah permata di mata Rasulullah, Fatimah(sa) melahirkan zuriat perempuan. Ketika Imam Ali pertama kali melihat anak perempuan beliau, Imam Hussain(as) bersama dengan bapanya, ketika itu baru berumur 3 tahun. Imam Hussain(as) menyatakan kegembiraan beliau: “Wahai bapaku, Allah swt telah memberiku adik perempuan.” Mendengar kata-kata itu, Imam Ali mula menangis, dan apabila Imam Hussain bertanya sebabnya, bapanya menjawab beliau akan tahu tidak lama lagi.
Hazrat Fatimah(sa) dan Imam Ali(as) masih lagi belum menamakan anak perempuan mereka setelah beberapa hari kerana menunggu kepulangan Rasulullah(sawa) yang ketika itu bermusafir untuk memberi cadangan nama. Setelah bayi itu dibawa kepankuan baginda Rasul, Jibril pun turun membawa nama yang bakal menjadi milik bayi itu. Kemudian, Jibril pula tiba-tiba menangis. Rasul(sawa) bertanya mengapa Jibril menangis, lalu beliau menjawab: “Ya Nabi Allah, dari muda lagi, beliau(Zainab) akan terikat dengan ujian dan kesusahan duniawi. Ia akan bermula dengan tangisan beliau ke atas kepergian mu(Rasul), kemudian kehilangan ibundanya, kemudian bapanya, seterusnya abangnya Al Hassan. Setelah semua ujian ini, akan ada pula ujian di tanah Karbala, kesengsaraan dan kesunyian di gurun gersang itu, yang mana mengakibatkan rambutnya beruban dan bongkok belakangnya.”
Mendengar sahaja ramalan ini, seluruh anggota keluarga menangis berlinangan air mata. Imam Hussain(as) kini memahami mengapa bapanya menangis tadi. Rasulullah(sawa) akhirnya menamakan bayi itu sebagai Zainab. Berita kelahiran ini sampai ke telinga Salman al Farisi(ra), dan beliau bergegas pergi menemui Imam Ali untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Tetapi beliau terkejut melihat Imam Ali sedang bersedih, yang mana sepatutnya beliau bergembira atas kelahiran ini. Mendengar kisah Karbala dan apa yang akan dihadapi Zainab, Salman juga berlinangan air mata memikirkannya.
Suatu hari, ketika Zainab berumur dalam 5 tahun, beliau mendapat satu mimpi yang aneh. satu hembusan angin yang deras muncul di kota, menggelapkan langit dan bumi. beliau diterbangkan angin deras itu, dan mendapati beliau tersangkut di atas satu dahan yang kemudiannya patah. dalam keadaan panik itu, beliau sempat menangkap dua dahan dedaun, tetapi terlepas, menyebabkan beliau jatuh tanpa sebarang rintangan. Kemudian beliau terjaga. Beliau menceritakan hal ini kepada datuknya(sawa), seraya menyebabkan Rasulullah menangis deras lalu berkata kepada Zainab(sa): “Wahai anakku, pokok itu ialah aku yang akan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi. Dahan itu ialah bapamu dan ibumu, manakala dedaunan itu ialah abangmu, Hassan dan Hussain. Mereka akan meninggalkan dunia ini sebelum mu, dan kau akan menderita akibat perpisahan ini.”
Zainab mempunyai satu hubungan yang luar biasa dengan abang-abangnya serta persekitaran yang sangat luat biasa, mengenangkan, beliau mempunyai ramai contoh untuk diikuti, yakni datuknya ialah Rasulullah(sawa), ibunya ialah anakanda rasul, manakala bapanya ialah saudara rasul. Dalam persekitaran suci ini, beliau dengan mudah menerima ilmu Islam dan mencontohi akhlaq “gergasi Islam” disekeliling beliau.
Semasa beliau masih kecil, beliau sudah mampu dengan sepenuhnya bertanggungjawab menguruskan urusan rumah bapanya. Seperti mana beliau mahukan saudara-saudara beliau selesa, maka seperti itu jugalah keperihatinan yang beliau tunjukkan kepada para faqir dan yang tiada berumah. Setelah beliau berkahwin, adalah dilaporkan bahawa suami beliau pernah berkata: “Zainab adalah suri rumah terbaik.”
Dari mula lagi, telah wujud di dalam diri beliau satu hubungan yang sangat utuh dengan abangnya, Imam Hussain. Semasa beliau masih bayi, jika beliau tidak dapat didiamkan tangisan beliau di pangkuan ibunya(sa), maka beliau akan berhenti apabila berada di pangkuan abangnya, menatap wajah sucinya. Sebelum beliau bersolat, acap kali beliau akan menatap wajah abangnya yang tersayang.
Suatu hari, Fatima(sa) menceritakan betapa kuatnya perasaan cinta Zainab kepada abangnya, Hussain(as) kepada Rasulullah(sawa). Baginda menghembuskan satu nafas yang dalam, dan dengan mata yang berlinang, baginda bersabda: “Wahai anakku, cucunda ku ini akan berhadapan dengan 1001 bala bencana dan kesusahan di Karbala.”
Keperibadian beliau mencerminkan keperibadian orang-orang yang membesarkan dan mendidik beliau. Beliau dikaitkan dengan Ummul Mukminin Khadijah dari sudut ketenangan, dikaitkan dengan ibundanya dari sudut kesucian dan kesederhanaan, dengan bapanya, dari sudut kefasihan berhujah, dikaitkan dengan abangnya Imam Hassan(as) dari sudut ketabahan dan kesabaran dan dikaitkan dengan Imam Hussain(as) dari sudut keberanian. Wajah suci beliau menonjolkan ketinggian bapanya dan kemuliaan datuknya.
Apabila sampai masanya untuk berkahwin, ia diadakan dalam satu majlis yang ringkas dan sederhana dengan saudaranya, Abdullah ibn Jaafar al Tayyar. Hz. Abdullah telah dibesarkan dibawah pengawasan Rasulullah(sawa). Selepas kewafatan baginda, Imam Ali mengambil tugas sebagai penjaganya sehingga beliau cukup umur. Beliau membesar sebagai seorang yang kacak, dengan keperibadian yang menyenangkan, dan beliau terkenal dengan layanan beliau yang ikhlas terhadap tetamu serta kemurahan terhadap para faqir yang memerlukan. Bersama, mereka melahirkan 5 orang zuriat, Ali, Aun, Muhammad, Abbas dan Umm Kulthum.
Di Madinah, Zainab kerap mengadakan perjumpaan untuk kaum wanita di mana beliau berkongsi ilmunya dan mengajarkan ilmu-ilmu Islam. Majlis-majlis ini kerap mendapat sambutan. Beliau mampu mengajar dengan fasih sekali dan penggunaan gaya bahasa yang begitu indah sehingga beliau digelar Fasihah dan Balighah.
Kedalaman ilmu beliau membuatkan beliau digelar Alimah Ghayr Mu’allamah oleh anak saudaranya, Imam Ali Zainal Abidin, yang bermaksud, “dia yang berilmu tanpa diajar.”
Antara nama samaran beliau, ialah Zahidah dan Abidah. Beliau sangat-sangat memandang rendah akan perhiasan duniawi, dengan sentiasa memilih kesenangan dan nikmat dunia Akhirat. Beliau selalu mengatakan untuk beliau, dunia ini hanya persinggahan sementara bagi menghilangkan kepenatan untuk satu perjalanan yang panjang.
wallahualam

sumber:www.shia-explained.com

No comments:

Post a Comment