Monday, April 11, 2011

9 Oktober, Wiladah Fatimah Ma'sumah Menjadi Hari Gadis di Republik Islam Iran




9 Oktober, Wiladah Fatimah Ma
Tanggal 9 Oktober ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Fathimah Ma'sumah dan telah diistiharkan sebagai hari gadis di Republik Islam Iran.
Sayyidah Fatimah binti Musa al-Kazim lahir di Madinah pada bulan Zulkaedah tahun 752 Hijrah. Beliau mendapat pendidikan langsung dari Imam Musa al-Kazim dan Imam Ali Ridha serta meriwayatkan banyak hadis daripada mereka. Hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidah Fatimah merupakan yang paling autentik dan telah dinukilkan dalam banyak kitab. Selain itu beliau adalah seorang yang sangat patuh perintah agama dan sering sibuk beribadat seperti mana nenek moyangnya Sayyidah Fahimah az-Zahra.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ramah dan pemurah. Sehingga kini sudah beribu peristiwa keajaiban berlaku di makamnya. Banyak doa orang tulus bertawassul dengannya dimakbul oleh Allah. Tidak sedikit juga pesakit yang sembuh tiba-tiba meskipun kelihatan mustahil dirawat.

Dalam tahun 779 Hijrah, iaitu setahun setelah Imam Ali Ridha disingkirkan ke Khurasan di zaman kekhalifahan Makmun Abbasiyah, Sayyidah Fatimah Ma'sumah bersama saudara lelakinya meninggalkan Madinah untuk bertemu abangnya Imam Ali Ridha. Apabila sampai Saveh Iran, mereka diserang oleh tentera Abbasiyah dan saudara lelakinya syahid kerana kecederaan yang sangat parah. Atas arahan komandan tentera Abbasiyah, seorang hamba sahaya meracuni Sayyidah Ma'sumah di Saveh.

Kesakitan yang dideritai beliau bertambah parah, namun beliau berhijrah ke Qom dan disambut baik oleh para pengikut Syiah. Sayyidah Ma'sumah syahid pada tahun 780 Hijrah.

No comments:

Post a Comment