Monday, March 28, 2011

Petua Al-Marhum Ayatullah Uzma Bahjat RadhiALLAHu 'Anhu untuk rawatan turbah, bagi kesembuhan penyakit (Hadiahkan Al-Fatihah untuk beliau)

1-Campurkan sedikit turbah Sayyidu Syuhada 'Alaihissalam dengan air zam-zam dan bacakan 70 kali Surah Al-Hamd dan berikan pesakit minum setiap hari beberapa kali sehingga sembuh. 

2-Berikan sedekah untuk beberapa fakir walaupun sedikit. 

3-Bacakan setiap hari 7 kali Al-Fatihah dan niatkan untuk kesembuhannya. 

4-Sesiapa yang menziarahi pesakit pesakit bacakan sekali Al-Fatihah untuk kesembuhannya. 

5-Bawakan pesakit untuk menziarahi maqam Ma'sumin dan jika tidak boleh, niatkan yang ia menziarahi maqam dan bacalah ziarat dan memadai ziarah itu dengan meniatkan untuk kesembuhannya. 

6-Bacalah kisah musibah yang menimpa Ahlul Bait sehingga pesakit tersentuh perasaannya. 

7-Bacalah Hadith Kisa' berkali-kali untuk kesembuhan pesakit (dan semasa membacanya bakarlah kayu gaharu di dalam majlis tersebut) 

8-Sembelihlah kambing biri-biri sebagai nazar untuk diberi kepada fakir-fakir. 

9-Pesakit kerjakan 2 rakaat solat hajat setelah solat Subuh dan baca doa ini 3 kali:

"Allahummashfini Bi Shifaika wa daa wini bi dawaika wa aafini bi afiatika min balaika fainni abduka wabnu abdika"

Kemudian sebut sekali: 

"Bihurmatil Imamil Kazim." 

Salavat

..info dri blog ust kamil...

Friday, March 25, 2011

Kejam! Kejam! Kejam!

Kekejaman di Bahrain semakin berlarutan.Kematian meningkat setiap hari. Namun ramai di antara kita di Malaysia ini yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang perkembangan Bahrain. sedangkan yang sedang diperangi dan dizalimi adalah saudara seagama kita. Pada mereka yang tidak tahu dan rasa ingin ambil tahu, nah saya bawakan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber tentang Bahrain.


APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI BAHRAIN?


Negara Bahrain adalah sebuah negara yang tidak mempunyai sempadan.Lokasi Bahrain sebagai sebuah negara pulau di Teluk Parsi (Timur Tengah). Jiran Bahrain, Arab Saudi terletak disebelah barat dan disambungkan ke Bahrain menerusi Tambak Raja Fahd(dibuka secara rasmi pada 25 November 1986), dan Qatar di sebelah selatan menyeberangi Teluk Parsi.


Majoriti daripada rakyat di negara ini bermazhab Syiah. Dari kurun ke-16 masihi sehingga tahun 1743, pemerintahan Bahrain sentiasa berubah-ubah di antara Portugis dan Parsi. Akhirnya, Raja Parsi, Nadir Shah menguasai Bahrain dan sebagai sebab politik menyokong majoriti Syiah. Pada lewat kurun ke-18 masihi Keluarga Al-Khalifa menawan pulau ini. Bagi meneruskan penguasaan terhadap pulau ini dan menghalangnya daripada jatuh kembali ke tangan pihak Parsi, mereka menjalinkan persahabatan dengan United Kingdom dan menjadi negeri naungan British.PERHATIAN DISINI ya.Keluarga Al-Khalifa (klik disini) telah memerintah Bahrain selama beratus tahun. Dan mereka tidak bersikap adil terhadap 
rakyat. 
Hosni vs Khalifa:Dua pembunuh rakyat sendiri.


Ekoran daripada kebangkitan rakyat Mesir terhadap ketidakadilan pemimpin mereka, rakyat Bahrain turut memulakan bantahan terhadap pemerintah mereka. Apa yang mereka minta bukanlah seperti yang diputar-belitkan oleh media: material dan kuasa tetapi mereka menuntut sebuah negara demokrasi yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka mula mengadakan demonstrasi secara aman di seluruh Bahrain (klik disini). Tetapi mereka telah diserang oleh polis dan tentera-tentera yang dibawa masuk dari Arab Saudi.(klik disini).


 Al- Khalifa ini menyatakan bahawa kebangkitan ini bukanlah berpunca dari pada perjuangan rakyat untuk meminta kedilan tetapi penentangan penunjuk perasaan syiah terhadap perintah sunni. (eh,mengaku sunni pulak wahabi ni). Atau dalam kata lain penentangan ini adalah bersifat sectarian iaitu disebabkan perbezaan mazhab.Ini sama sekali tidak benar kerana baik sunni atau syiah di Bahrain, mereka semua bangkit menentang Al-Khalifa bukan menentang sesama sendiri.




AL-KHALIFA BEKERJA KERAS MENGHAPUSKAN RAKYATNYA?
1)Memusnahkan Manama Pearl Square:
Suatu masa dulu,pada mula-mula kebangkitan rakyat bermula,mereka berkumpul di Pearl Square.Pearl Square merupakan sebuah tugu yang membawa simbolik perpaduan antara rakyat tidak kira Sunni atau Syiah. Rakyat Bahrain cukup berbangga dengan tugu ini. Malah tugu ini turut dijadikan simbol di atas wang mereka. 




Tetapi,Al-Khalifa yang busuk hati ini telah mengarahkan agar tugu ini yang menjadi tempat perhimpunan rakyat bahrain untuk mengadakan demonstrasi dan bantahan (secara aman ya.senjata pun tak ada) dirobohkan.






Gambar terakhir ini menunjukkan salah satu daripada tiang tugu jatuh menimpa crane dan pemandu crane tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. Seperti kata saudara kita di Bahrain, "even the monument is a fighter". 


2) Membunuh Penunjuk-penunjuk Perasaan Yang Tidak Bersenjata:
Polis Bahrain dan tentera Saudi melancarkan serangan secara rambang kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam demonstrasi. Yang berdemonstrasi bukan Syiah sahaja tetapi Sunni juga. Mereka mengatakan Syiah adalah golongan yang menimbulkan kekacauan. Jadi mengapa mereka melepaskan tembakan secara membabi buta? (mungkin mereka cam siapa Syiah,siapa Sunni kan?).


Sehingga hari ini rakyat Bahrain masih terus melakukan demonstrasi meskipun kerajaan telah mengeluarkan perintah berkurung.Dan pada setiap perhimpunan, pasti ada pertumpahan darah pembunuhan yang berlaku.Berikut merupakan beberapa foto rakyat Bahrain yang terbunuh termasuklah seorang qari yang terkenal di Bahrain di tembak bertubi-tubi dan digilis dengan kereta. (klik disini) Lihat juga ucapan berani anak perempuan qari tersebut.(klik disini)




Ini baru sedikit sahaja ya saudara-saudari sekalian.Setakat ini,lebih daripada 10 orang yang tidak bersalah telah dibunuh.Angka kematian tidak dapat dipastikan kerana media di Bahrain menyembunyikan fakta sebenar.Sila klik disini untuk melihat gambar-gambar mereka yang telah terkorban.


3) Tentera Menceroboh Hospital:
Tentera Saudi bukan sahaja menceroboh hospital,malah mereka menculik mangsa-mangsa yang tercedera dan sedang dirawat di hospital.Kebanyakan mangsa-mangsa ini cedera parah dan dirawat di unit kecemasan. Mereka ini dibelasah sampai mati atau dibawa ke tempat yang tidak diketahui.nasib mereka yang diculik tidak diketahui.Para doktor dan jururawat yang merawat mangsa atau yang berada di dalam ambulan bersama mangsa turut diculik. beberapa mangsa culik ditemui mati beberapa hari kemudian dengan kesan kecederaan yang parah akibat ditembak dan dibelasah. Para doktor dan kakitangan hospital yang mengutuk kekejaman tentera atau kerajaan akan diugut bunuh dan ada antara mereka yang dibelasah.(klik disini)


Setakat ini, terdapat sebuah hospital sahaja di Bahrain yang memberi rawatan kepada mereka yang tercedera tetapi, hospital ini kini di awasi oleh tentera Saudi dan menghalang kemasukan mangsa-mangsa yang tercedera. Jelas dan nyata tujuan mereka adalah untuk menyekat sebarang usaha untuk membantu rakyat Bahrain.Mereka ingin menyeksa mereka sekeras-kerasnya.(klik disini) dan (disini).


4) Senjata Tentera Vs Senjata Rakyat
Senjata yang digunakan oleh polis Bahrain dan tentera Saudi adalah senjata yang canggih dan mampu membunuh sekumpulan manusia dalam satu-satu masa. Mereka menggunakan peluru dan gas pemedih mata yang beracun. Gas tersebut setakat ini telah membunuh seorang lelaki tua yang berusia 71 tahun akibat kesesakan nafas di rumahnya.Gas ini mengandungi  VX IUPAC iaitu O-ethyl S-[2-(diisoprpylamino)ethyl] methylphosphonothioate adalah bahan toksik yang sangat berbahaya. Ia hanya digunakan dalam bahan-bahan perang iaitu sebagai agen saraf. Pengeluaran dan pengedaran VX adalah dilarang dibwah Chemical Weapons Convention 1993..Jika anda lihat gambar-gambar di atas, anda pasti dapat mengagak peluru jenis apa yang digunakan dan jarak tembakan dilepaskan oleh tentera sehingga terburai otak mangsa-mangsa tersebut.(klik sini)






Nah,ini dia antara senjata-senjata yang digunakan oleh pihak tentera.Tapi,jangan ingat penunjuk-penunjuk perasaan tidak melawan.Mereka pun melawan juga.Mana boleh berdiam diri saja kan.Berikut merupakan 'aksi-aksi ganas' para penunjuk perasaan.Juga ini (klik disini)








P/S:Kalau saudara-saudari ada ternampak machine gun,bom atau sebarang senjata yang dibawa oleh penunjuk perasaan dalam gambar ni,sila bagitahu saya ya?takut2 saya terlepas pandang.


5) Kebenaran Dikambus!
Sudah terang-terangan mereka buat kejahatan, tetapi masih lagi tidak mahu mengakui kebenarannya. sekarang kebenaran menjadi sesuatu yang mahal harganya. Mereka yang ingin menegakkan kebenaran perlu mempertaruhkan nyawa mereka. Benar,di Malaysia ni,berapa kerat sahaja yang ambil peduli tentang Bahrain tetapi di negara-negara lain,ada ramai manusia yang sedang bertungkus-lumus menghantar surat-surat bantahan ke agensi2 berita,ke pejabat perdana menteri. Demonstrasi mula diadakan di London,di Canada,di Oman,di Mumbai .(apa malaysia buat?apa pendapat PM kita?nak tahu,klik disini)
Seorang wartawan BBC, Caroline Hawley akan dikenakan tindakan oleh kerajaan Bahrain kerana telah melaporkan berita kebenaran yang berlaku di Bahrain dalam tulisan dan laporannya.Beliau dituduh cuba menjatuhkan reputasi negara tersebut dengan memberi persepsi negatif tentang negara tersebut kepada dunia. Maklumat lanjut (klik disini).
Selain itu,semua wartawan telah dihalau keluar dari Bahrain bagi menghalang sebarang maklumat terkini tentang kezalimin tentera Bahrain dan Saudi diketahui umum. Seorang wartawan CNN melaporkan,beliau dihalau keluar dari Bahrain tanpa diberi penjelasan yang kukuh. (klik disini) Dan jangan  tak tahu ya?Wartawan juga tak terlepas daripada menjadi mangsa tentera Saudi.Mereka turut dibelasah an dicederakan. (klik sini)


Keganasan masih terus berleluasa di seluruh Bahrain.Tentera Saudi dan Bahrain berterusan membunuh para penunjuk perasaan.Segala akses ke dunia luar ditutup.Setiap channel di Bahrain kini menyiarkan rancangan cartoon bagi mengaburi mata masyarakat. Wartawan dari sebarang media dihalang daripada memasuki Bahrain dan semua penerbangan ke Bahrain kini disekat.


 PERSOALAN nya: APAKAH USAHA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG TERAINAYA INI?


Mari kita sama-sama berdoa agar ALLAH menjatuhkan pemimpin yang zalim ini dan mempercepatkan kezuhuran Imam Mahdi a.s agar kebenaran,keadilan kemuliaan Islam kembali tertegak di bumi ini.Ya Mahdi adrikni!Ajal,ajal Ya Mawla..!


Daripada Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)


اللهـمــﮯ صلىــﮯ علىــﮯ محمـــدً وآلـﮯ محمــدَ 

اللهـمــﮯ صلىــﮯ علىــﮯ محمـــدً وآلـﮯ محمــدَ 

وعجـــل فرجهمــﮯ

Thursday, March 17, 2011

Pesanan Ayatullah Ja'far Hadi tentang tarbiyah anak-anak



1- Didalam Hadith dikatakan bahawa anak-anak ialah sebahagian dari anda.  Baik atau buruknya mereka kembali kepada anda dan mereka adalah sebab bagi kebanggaan dan keaiban anda.


2- Didalam riwayat menuntut anda supaya mengajar Al-quran, Hadith, Akhlak dan adab kepada anak supaya mereka menjadi anak-anak yang soleh ketika besar.


3- Didalam riwayat menyuruh kita menghindarkan diri dari makanan yang haram, syubhah dan najis kerana kesannya akan zahir pada nutfah dan keturunan anda.  Imam Sadiq a.s berkata : Makanan yang haram akan tampak pada zuriat.


4- Asingkan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki ditempat tidur supaya tidak timbul kerosakan jantina.


5- Tidak melakukan aksi-aksi jantina berhadapan anak-anak kecil walaupun berusia dua atau tiga tahun supaya tidak berbekas di fikiran mereka dan tidak tertarik pada kerosakan.


6- Tidak bergurau berbentuk gurauan jantina berhadapan kanak-kanak khasnya tujuh atau lapan tahun supaya mereka kekal bersopan.


7- Ibu bapa tidak bertengkar atau bergaduh berhadapan anak-anak supaya mereka tidak menjadi orang yang berakhlak buruk ketika besar nanti.


8- Ibu bapa hendaklah menghormati satu sama lain dengan panggilan yang baik dan beradab supaya anak-anak menghormati ibu bapa dan memperlakukan sedemikian juga kepada suami atau isteri mereka kelak.


9- Ibu bapa perlu memerhatikan rakan-rakan anak mereka dari kecil sekitar usia sepuluh hingga dua belas tahun supaya mereka tidak rosak disebabkan kawan yang tidak baik.


10- Ibu bapa hendaklah kadangkala mengikut serta anak-anak mereka didalam sukan atau permainan seperti bola sepak, berbasikal......  dan tidak menjauhkan diri dari anak-anak.


11- Ibu bapa secara tidak langsung haruslah memerhatikan bahan bacaan, majalah, cd dan kaset yang dihasilkan oleh anak-anak mereka serta memberi arah kepada anak-anak secara halus.


12- Ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk melihat secara tertperinci akan masalah-masalah anak mereka sama ada di sekolah dan didalam  masyarakat supaya masalah mereka tidak berpanjangan.


13- Ibu bapa perlu berusaha dengan menjadikan persekitaran rumah mereka sebagai persekitaran agama seperti menggantung potret-potret para ulama' atau maqam para imam atau ayat-ayat yang cantik serta mengelakkan diri dari meletakkan patung-patung, anggota-anggota haiwan atau gambar-gambar artis kerana sebahagian perkara itu akan masuk kedalam hati dan fikiran manusia melalui penglihatan.


14- Biasakan anak-anak lelaki atau perempuan dari usia muda dengan adab-adab semasa didalam majlis, adab makan, bertamu dirumah orang, berbicara dengan orang tua atau menggunakan air, makan dan minum.


15- Kadangkala usahakan untuk menjemput guru yang berakhlak mulia ke rumah supaya anak-anak mengenali dan sukakan mereka.


16- Hendaklah ada terjemahan bahasa melayu Al-Quran, Sahifah Sajjadiah, Nahjul Balaghah dan Mafatihul Jinan dirumah.


17- Ibu bapa hendaklah berbincang dengan anak-anak mereka dalam memilih jurusan dan membawa anak-anak bertemu dengan guru-guru yang sesuai untuk mendapatkan pandangan yang betul.


18- Ibu bapa hendaklah menghormati anak-anak dan tidak mengherdik mereka.


      
           -Takziah diucapkan sempena Syahadah Sayyidah Fatimah Maksumah a.s binti Imam Musa Kazim a.s 10 RabiulAkhir-.

Kesabaran d mata Ahlul Bait Alaihimussalam







Kesabaran Ketika Menghadapi Penderitaan Memperolehi Ganjaran dari Allah SWT
Imam Muhammad al-Baqir dan Imam Ja’far al-Sadiq berkata bahawa orang-orang Mu’min yang ditimpa kesusahan dan bersabar akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT dengan pahala seribu syuhuda.
Abul Hasan Imam Musa al-Kazim ‘Alaihissalam berkata,”Barang siapa di kalangan Syi’ah kami menghadapi penderitaannya dengan kesabaran dan keteguhan iman akan menerima ganjaran pahala seribu syuhada.
Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata bahawa Allah berfirman kepada Nabi Musa‘Alaihissalam,”Wahai Musa, Aku tidak menjadikan sesiapa jua kekasihKu selain makhlukKu orang-orang Mu’min. Kadang-kadang Aku menimpakannya penderitaan yang sebenarnya lebih baik untuknya. Aku berikannya apa yang terbaik untuknya dan menjauhkannya daripadanya untuk perkara yang lebih baik untuknya. Maka, dia hendaklah bersabar menghadapi penderitaan dengan kesabaran. Dia hendaklah redha dengan takdirKu dan bersyukur ke atas pemberianKu. Dan apabila dia bersikap demikian, Aku memasukkannya di kalangan orang-orang yang beriman, kerana dia bertindak mengikut ketentuanKu dan taat kepada perintahKu.”



Sentiasa Bersabar Kepada Ketentuan Allah
Ishaq bin Ammar berkata beliau mendengar Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata,”Asas kepada ketaatan kepada Allah adalah redha kepada apa yang Allah takdirkan kepada seseorang sama ada hal itu dia sukai atau tidak sukai kerana apa sahaja yang Allah takdirkan adalah baik.”
Yunus bin Ribat melaporkan beliau mendengar Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata para pengikut kebenaran akan sentiasa mengalami penderitaan tetapi jangka masa mereka memperolehi keamanan dan kesenangan akan berkekalan.
Simaah berkata bahawa dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata,”Allah telah mengizinkan musuh-musuhNya melakukan terhadap ‘sahabat-sahabat’Nya (orang-orang beriman) menjadi mangsa mereka dalam dunia ini.



Ramai Yang Membenci Orang Yang Mencintai Allah
Mufazzal bin Umar meriwayatkan dia bersama Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam ketika seorang menyatakan kepada Imam bahawa ada setengah orang yang mendakwa bahawa apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan meletakkan perasaan cinta di hati-hati orang ramai kepada orang ini, dan apabila Allah membenci seseorang, Dia meletakkan perasaan benci kepadanya di hati-hati orang ramai. Mufazzal berkata pada ketika itu Imam sedang berbaring di atas tilam tetapi ketika mendengar perkara ini, beliau bangkit dan berkata,”Tidak seperti itu tetapi apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan membiarkan orang ramai berpaling daripadanya. Mereka akan membuat fitnah terhadapnya dan hal ini akan menambahkan ganjaran pahala kepadanya di akhirat dan menambahkan dosa-dosa mereka. Dan apabila Allah membenci seseorang, Dia mengizinkan orang ramai mencintai orang itu. Mereka akan menyatakan perkara-perkara yang menambahkan dosa-dosa mereka dan dosa orang itu. Katakan kepadaku adakah sesesiapa yang lebih mencintai Allah daripada Nabi Yahya bin Zakaria ‘Alaihissalam pada ketika itu? Tetapi kita mengetahui orang ramai berpaling daripadanya dan melakukan perkara yang mereka lakukan (akhirnya mereka membunuhnya). Begitu juga adakah ada sesiapa yang mencintai Allah lebih daripada Imam Husayn ‘Alaihissalam pada masa hidupnya? Tetapi kamu mengetahui oang ramai berpaling daripadanya dan membunuhnya tanpa belas kasihan. Siapakah pula yang lebih membenci Allah daripada si polan dan si polan? Tetapi kamu semua melihat apakah yang dikatakan oleh orang ramai terhadap mereka ini. Maka amatlah salah apa yang didakwa oleh mereka itu.”



Zaid –e-Shahham berkata Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata,”Apabila Allah mencintai seseorang Dia mengizinkan mereka berpaling daripadanya.”
Abu Hamzah Thumai meriwayatkan dia mendengar Imam Muhammad Baqir ‘Alaihissalam berkata Allah SWT bersumpah bahawa orang-orang beriman akan ditimpa empat perkara penderitaan. Pertama, dan yang paling mudah, orang beriman yang lain akan cemburu kepadanya. Kedua, apabila orang-orang munafiq akan mengikuti langkahnya dan mengganggunya. Ketiga, apabila syaitan akan datang untuk berusaha untuk menjauhkannya daripada jalan yang lurus. Keempat, apabila orang kafir menganggap memeranginya sebagai perang suci. Maka, bagaimanakah seorang mu’min dapat menjauhkan diri daripada perkara-perkara ini? Soal Imam kepada mereka.

Wednesday, March 16, 2011

Dalam Kapal Terbang Pun Sibuk Nak Solat!


Kelas Homa atau kelas bisnes pesawat Iran Air memang ketinggalan zaman. Bak tahun 1977. Maklumlah Iran menghadapi sekatan ekonomi yang macam-macam oleh PBB (dalangnya Amerika) sejak Revolusi Islam.

Akan tetapi makanannya sedap-sedap.
Ini baru permulaan. Kebab dan nasinya; lazat tidak terkata.
Alkohol tak ada. Kalau kau nak juga, kau naik pesawat lain.



Yang menjamu pun menjamu makanan (klik sini).
Tidak menjamu body.


Dan jika terbang, hendaklah terbang dengan keimanan. 
Ini adalah musolla untuk penumpang menunaikan solat
(kelas ekonomi dan bisnes berkongsi tempat sujud). 

Aku fed up. Memang syiah sesat.
Dalam pesawat pun mereka sibuk nak solat. 
Dipetik daripada tehranifaisal@blogspot.com

Istikarah.Bila?Macam mana?Kenapa?

Istikharah( memohon kebaikan dari Allah azza wa jalla ) 


1)Istikharah doa


Memohon kebaikan dan kemaslahatan dari Allah  (yakni satu bentuk doa, tawakkal, penyerahan urusan dan berbaik sangka kepada Allah Taala) yakni kita sertakan setiap urusan kita dengan berdoa kepada Allah Taala untuk kebaikan.


2)Istikharah Musyawwarah


Setelah berdoa kepada Allah Taala untuk kemaslahatan kita bermesyuarat dengan orang-orang mukmin yang   berkelayakan.  Imam Ali a.s berkata " keatas orang berakal untuk menambah pandangan orang-orang berakal yang lain kepada pandangannya dan menambah ilmu orang-orang bijaksana kepada ilmunya "


3)Istikharah Kalbu


Setelah berdoa dan bermesyuarat dengan ahlinya, kita bergantung kepada Allah Taala untuk sampai kepada " ketenangan hati " kita merujuk kepada hati kita untuk melihat keazaman yang kita miliki dan itulah jawapan kepada istikharah kita.


4)Situasi ragu-ragu
Jika kita masih sangsi kita boleh melakukan istikharah dengan menggunakan sama ada a)Tasbih : Dari Imam Mahdi a.s tentang istikharah dengan tasbih : Seseorang itu mengambil tasbih dan bersolawat keatas nabi dan keluarganya tiga kali lalu menggenggam tasbih dan mengira dua dua jika tinggal satu, maka lakukanlah dan jika tinggal dua, jangan lakukan. Rujukan : (BiharulAnwar jilid 91 m/s 250).b)Al-Quran : Telah diriwayatkan dari Rasullullah s.a.w '' jika kamu beristikharah menggunakan kitab Allah Azza wa jalla, bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali kemudian bersolawat tiga kali keatas nabi dan keluarganya lalu berkata Allahumma tafa'altu bikitabika wa tawakkaltu alaika faarini min kitabika ma hua maktumun min sirrika almaknunu fi ghaibika'' kemudian bukalah al-Quran dan beristikharahlah dengan melihat ayat pada baris pertama diatas sebelah kanan( BiharrulAnwar jilid 91 m/s 241)   c)Istikharah ZatuRuqa'




Nota : 
Ayatullah Behjat : Istikharah begitu mujarab sehinggakan AhluSunnah pun mula beramal dengannya.  Kita telah mendengar dan melihat keajaiban-keajaiban istikharah.......... asal istikharah tergantung kepada keyakinan individu.


Istikharah ialah salah satu dari karamah-karamah Syiah dan petanda-petanda kebenaran Tasyayu'. Istikharah bermakna memohon penentuan baik dan buruk, hubungan Takwini diantara Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta.


Wassalam. 

Tuesday, March 8, 2011

BUNGA-BUNGA YANG INDAH






    Riwayat dari imam Jaafar Sadiq a.s bahawa minyak bunga Banafsh(violet) adalah penghulu bagi segala minyak..
    Banyaklah menyapu minyak bunga Banafsh kerana ia menghilangkan sakit kepala dan mata.Sabda Rasulullah s.a.w,jika orang mengetahui faedah-faedah minyak ini, mereka akan banyak memakainya.Rasulullah s.a.w juga bersabda ,redakan kepanasan demam dengan minyak banafsh (violet)(m/s 198 Hilyatul Muttaqin Allamah Majlisi )
Dari Rasulullah s.a.w :Bunga ros menyerikan wajah ,mencurah air bunga ros kemuka menghilangkan keresahan dan ketika menyapu kemuka hendaklah dizikirkan ''Alhamdulillah'' dan bersolawat keatas nabi dan keluarga baginda s.a.w.
Amirul Mukminin berkata:Ini adalah bunga yang terbaik dari bunga-bunga syurga setelah bunga myrtle(mawrid).
    Didalam riwayat mengatakan mencium bunga Nargis (Primrose/Narcissus) dan menyapu minyaknya mempunyai khasiat yang banyak dan apabila Nabi Ibrahim a.s  dilontar ke dalam api ,Allah Taala menyejukkan api itu dan menyelamatkan beliau . Ketika itulah tumbuhnya bunga nargis.
Dari Imam Musa Kazim a.s ,Rasulullah s.a.w bersabda bahawa cecair dari bunga Marzanjush(Mouse-ear flower/Myosotis) adalah penawar bagi mata.Di dalam riwayat lain mengatakan bahawa mencium bunga ini menguatkan deria bau.
    Telah diriwayatkan dari Imam Ali Hadi a.s,barangsiapa mencium bunga dan meletakkannya keatas kedua matanya lalu bersolawat keatas nabi s.a.w dan para Imam a.s, Allah memberi kebaikan-kebaikan kepadanya sekadar padang pasir di antara Mekah ,Syam dan Iraq dan menghapuskan dosa-dosanya sebanyak pasir-pasir di padang pasir.
Rasulullah s.a.w bersabda apabila diberi bunga kepada anda,ciumlah dan letakkan pada kedua mata anda kerana ia berasal dari syurga.
Inilah sekelumit dari kisahnya bunga-bunga di musim bunga  ini.
Semoga kita semua diberkati dengan kedatangan bulan Rabi’ul Akhir(Rabi' bermakna musim bunga.Sabda Nabi s.a.w”bagi setiap sesuatu ada Rabi’(musim bunga) baginya…”
Kita mendoakan agar bulan Rabi’ yang terakhir ini mempunyai Rabi’ yang cukup bermakna bagi kita semua kearah merealisasikan tujuan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.”Innama buisttu li u tammima makarimal akhlaq” bermakna Hanyasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Moga kita dihiasi dengan akhlak yang mulia dan cantik secantik bunga-bunga Muhammadi s.a.w di taman syurgawi.Solawat

Petua:Amalkan zikir ''Lailahaillallah'' sekiranya ada lintasan-lintasan fikiran yang tidak keruan(Ayatullah Sy Hashim Haddad) 

Monday, March 7, 2011

Tasbih Az-Zahra

Senang rupanya Tasbih Az-Zahra ni.Baru saya tahu.:)

TASBIH AZ_ZAHRA

"Allahuakhbar"  34 kali
"Alhamdulillah"  33kali
"Subhanallah"    33kali


Tiada cinta sesuci cintamu Az-Zahra..selawat..