Friday, March 25, 2011

Kejam! Kejam! Kejam!

Kekejaman di Bahrain semakin berlarutan.Kematian meningkat setiap hari. Namun ramai di antara kita di Malaysia ini yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang perkembangan Bahrain. sedangkan yang sedang diperangi dan dizalimi adalah saudara seagama kita. Pada mereka yang tidak tahu dan rasa ingin ambil tahu, nah saya bawakan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber tentang Bahrain.


APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI BAHRAIN?


Negara Bahrain adalah sebuah negara yang tidak mempunyai sempadan.Lokasi Bahrain sebagai sebuah negara pulau di Teluk Parsi (Timur Tengah). Jiran Bahrain, Arab Saudi terletak disebelah barat dan disambungkan ke Bahrain menerusi Tambak Raja Fahd(dibuka secara rasmi pada 25 November 1986), dan Qatar di sebelah selatan menyeberangi Teluk Parsi.


Majoriti daripada rakyat di negara ini bermazhab Syiah. Dari kurun ke-16 masihi sehingga tahun 1743, pemerintahan Bahrain sentiasa berubah-ubah di antara Portugis dan Parsi. Akhirnya, Raja Parsi, Nadir Shah menguasai Bahrain dan sebagai sebab politik menyokong majoriti Syiah. Pada lewat kurun ke-18 masihi Keluarga Al-Khalifa menawan pulau ini. Bagi meneruskan penguasaan terhadap pulau ini dan menghalangnya daripada jatuh kembali ke tangan pihak Parsi, mereka menjalinkan persahabatan dengan United Kingdom dan menjadi negeri naungan British.PERHATIAN DISINI ya.Keluarga Al-Khalifa (klik disini) telah memerintah Bahrain selama beratus tahun. Dan mereka tidak bersikap adil terhadap 
rakyat. 
Hosni vs Khalifa:Dua pembunuh rakyat sendiri.


Ekoran daripada kebangkitan rakyat Mesir terhadap ketidakadilan pemimpin mereka, rakyat Bahrain turut memulakan bantahan terhadap pemerintah mereka. Apa yang mereka minta bukanlah seperti yang diputar-belitkan oleh media: material dan kuasa tetapi mereka menuntut sebuah negara demokrasi yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka mula mengadakan demonstrasi secara aman di seluruh Bahrain (klik disini). Tetapi mereka telah diserang oleh polis dan tentera-tentera yang dibawa masuk dari Arab Saudi.(klik disini).


 Al- Khalifa ini menyatakan bahawa kebangkitan ini bukanlah berpunca dari pada perjuangan rakyat untuk meminta kedilan tetapi penentangan penunjuk perasaan syiah terhadap perintah sunni. (eh,mengaku sunni pulak wahabi ni). Atau dalam kata lain penentangan ini adalah bersifat sectarian iaitu disebabkan perbezaan mazhab.Ini sama sekali tidak benar kerana baik sunni atau syiah di Bahrain, mereka semua bangkit menentang Al-Khalifa bukan menentang sesama sendiri.




AL-KHALIFA BEKERJA KERAS MENGHAPUSKAN RAKYATNYA?
1)Memusnahkan Manama Pearl Square:
Suatu masa dulu,pada mula-mula kebangkitan rakyat bermula,mereka berkumpul di Pearl Square.Pearl Square merupakan sebuah tugu yang membawa simbolik perpaduan antara rakyat tidak kira Sunni atau Syiah. Rakyat Bahrain cukup berbangga dengan tugu ini. Malah tugu ini turut dijadikan simbol di atas wang mereka. 




Tetapi,Al-Khalifa yang busuk hati ini telah mengarahkan agar tugu ini yang menjadi tempat perhimpunan rakyat bahrain untuk mengadakan demonstrasi dan bantahan (secara aman ya.senjata pun tak ada) dirobohkan.






Gambar terakhir ini menunjukkan salah satu daripada tiang tugu jatuh menimpa crane dan pemandu crane tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. Seperti kata saudara kita di Bahrain, "even the monument is a fighter". 


2) Membunuh Penunjuk-penunjuk Perasaan Yang Tidak Bersenjata:
Polis Bahrain dan tentera Saudi melancarkan serangan secara rambang kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam demonstrasi. Yang berdemonstrasi bukan Syiah sahaja tetapi Sunni juga. Mereka mengatakan Syiah adalah golongan yang menimbulkan kekacauan. Jadi mengapa mereka melepaskan tembakan secara membabi buta? (mungkin mereka cam siapa Syiah,siapa Sunni kan?).


Sehingga hari ini rakyat Bahrain masih terus melakukan demonstrasi meskipun kerajaan telah mengeluarkan perintah berkurung.Dan pada setiap perhimpunan, pasti ada pertumpahan darah pembunuhan yang berlaku.Berikut merupakan beberapa foto rakyat Bahrain yang terbunuh termasuklah seorang qari yang terkenal di Bahrain di tembak bertubi-tubi dan digilis dengan kereta. (klik disini) Lihat juga ucapan berani anak perempuan qari tersebut.(klik disini)




Ini baru sedikit sahaja ya saudara-saudari sekalian.Setakat ini,lebih daripada 10 orang yang tidak bersalah telah dibunuh.Angka kematian tidak dapat dipastikan kerana media di Bahrain menyembunyikan fakta sebenar.Sila klik disini untuk melihat gambar-gambar mereka yang telah terkorban.


3) Tentera Menceroboh Hospital:
Tentera Saudi bukan sahaja menceroboh hospital,malah mereka menculik mangsa-mangsa yang tercedera dan sedang dirawat di hospital.Kebanyakan mangsa-mangsa ini cedera parah dan dirawat di unit kecemasan. Mereka ini dibelasah sampai mati atau dibawa ke tempat yang tidak diketahui.nasib mereka yang diculik tidak diketahui.Para doktor dan jururawat yang merawat mangsa atau yang berada di dalam ambulan bersama mangsa turut diculik. beberapa mangsa culik ditemui mati beberapa hari kemudian dengan kesan kecederaan yang parah akibat ditembak dan dibelasah. Para doktor dan kakitangan hospital yang mengutuk kekejaman tentera atau kerajaan akan diugut bunuh dan ada antara mereka yang dibelasah.(klik disini)


Setakat ini, terdapat sebuah hospital sahaja di Bahrain yang memberi rawatan kepada mereka yang tercedera tetapi, hospital ini kini di awasi oleh tentera Saudi dan menghalang kemasukan mangsa-mangsa yang tercedera. Jelas dan nyata tujuan mereka adalah untuk menyekat sebarang usaha untuk membantu rakyat Bahrain.Mereka ingin menyeksa mereka sekeras-kerasnya.(klik disini) dan (disini).


4) Senjata Tentera Vs Senjata Rakyat
Senjata yang digunakan oleh polis Bahrain dan tentera Saudi adalah senjata yang canggih dan mampu membunuh sekumpulan manusia dalam satu-satu masa. Mereka menggunakan peluru dan gas pemedih mata yang beracun. Gas tersebut setakat ini telah membunuh seorang lelaki tua yang berusia 71 tahun akibat kesesakan nafas di rumahnya.Gas ini mengandungi  VX IUPAC iaitu O-ethyl S-[2-(diisoprpylamino)ethyl] methylphosphonothioate adalah bahan toksik yang sangat berbahaya. Ia hanya digunakan dalam bahan-bahan perang iaitu sebagai agen saraf. Pengeluaran dan pengedaran VX adalah dilarang dibwah Chemical Weapons Convention 1993..Jika anda lihat gambar-gambar di atas, anda pasti dapat mengagak peluru jenis apa yang digunakan dan jarak tembakan dilepaskan oleh tentera sehingga terburai otak mangsa-mangsa tersebut.(klik sini)






Nah,ini dia antara senjata-senjata yang digunakan oleh pihak tentera.Tapi,jangan ingat penunjuk-penunjuk perasaan tidak melawan.Mereka pun melawan juga.Mana boleh berdiam diri saja kan.Berikut merupakan 'aksi-aksi ganas' para penunjuk perasaan.Juga ini (klik disini)








P/S:Kalau saudara-saudari ada ternampak machine gun,bom atau sebarang senjata yang dibawa oleh penunjuk perasaan dalam gambar ni,sila bagitahu saya ya?takut2 saya terlepas pandang.


5) Kebenaran Dikambus!
Sudah terang-terangan mereka buat kejahatan, tetapi masih lagi tidak mahu mengakui kebenarannya. sekarang kebenaran menjadi sesuatu yang mahal harganya. Mereka yang ingin menegakkan kebenaran perlu mempertaruhkan nyawa mereka. Benar,di Malaysia ni,berapa kerat sahaja yang ambil peduli tentang Bahrain tetapi di negara-negara lain,ada ramai manusia yang sedang bertungkus-lumus menghantar surat-surat bantahan ke agensi2 berita,ke pejabat perdana menteri. Demonstrasi mula diadakan di London,di Canada,di Oman,di Mumbai .(apa malaysia buat?apa pendapat PM kita?nak tahu,klik disini)
Seorang wartawan BBC, Caroline Hawley akan dikenakan tindakan oleh kerajaan Bahrain kerana telah melaporkan berita kebenaran yang berlaku di Bahrain dalam tulisan dan laporannya.Beliau dituduh cuba menjatuhkan reputasi negara tersebut dengan memberi persepsi negatif tentang negara tersebut kepada dunia. Maklumat lanjut (klik disini).
Selain itu,semua wartawan telah dihalau keluar dari Bahrain bagi menghalang sebarang maklumat terkini tentang kezalimin tentera Bahrain dan Saudi diketahui umum. Seorang wartawan CNN melaporkan,beliau dihalau keluar dari Bahrain tanpa diberi penjelasan yang kukuh. (klik disini) Dan jangan  tak tahu ya?Wartawan juga tak terlepas daripada menjadi mangsa tentera Saudi.Mereka turut dibelasah an dicederakan. (klik sini)


Keganasan masih terus berleluasa di seluruh Bahrain.Tentera Saudi dan Bahrain berterusan membunuh para penunjuk perasaan.Segala akses ke dunia luar ditutup.Setiap channel di Bahrain kini menyiarkan rancangan cartoon bagi mengaburi mata masyarakat. Wartawan dari sebarang media dihalang daripada memasuki Bahrain dan semua penerbangan ke Bahrain kini disekat.


 PERSOALAN nya: APAKAH USAHA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG TERAINAYA INI?


Mari kita sama-sama berdoa agar ALLAH menjatuhkan pemimpin yang zalim ini dan mempercepatkan kezuhuran Imam Mahdi a.s agar kebenaran,keadilan kemuliaan Islam kembali tertegak di bumi ini.Ya Mahdi adrikni!Ajal,ajal Ya Mawla..!


Daripada Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)


اللهـمــﮯ صلىــﮯ علىــﮯ محمـــدً وآلـﮯ محمــدَ 

اللهـمــﮯ صلىــﮯ علىــﮯ محمـــدً وآلـﮯ محمــدَ 

وعجـــل فرجهمــﮯ

No comments:

Post a Comment